ISU KES ANAK DERHAKA ( MUSLIM )

 

MPU 3333

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA

BLOG KAJIAN KES:

KES ANAK DERHAKA (MUSLIM)

KUMPULAN:

ME10

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD NUR IMAN BIN ZAMRI (62214119069)

NUUR ATIRAH BINTI ABDUL LATIFF (62214119234)

NUR ALIA AISYA MOHD ZULKIFLI (62214221026)

HALIMATUN SAADIAH FADZIL (62214221629)

WAN NUR ERINA AMIRA WAN YUHAINIS (62212221251)

 

DISEDIAKAN KEPADA:

MOHD FAHMI BIN SIRUN

UNIVERSITI KUALA LUMPUR BUSINESS SCHOOL

UNIVERSITI KUALA LUMPUR










PENGENALAN 

Derhaka kepada kedua orang tua kita adalah termasuk dalam empat dosa besar iaitu berada dalam setaraf denga tiga dosa besar yang lain seperti Menyekutukan Allah, Membunuh Manusia dan Menjadi saksi palsu. Anak derhaka ialah anak yang tiada sifat menghormati ibu bapanya dan tidak mahu berbakti kepada mereka terutamanya apabila mereka sudah tua. Apabila kita menjadi anak derhaka haram baginya untuk kita bau syurga. Hal ini demikian kerana balasan ini yang paling ditakuti oleh semua manusia yang beragama islam kerana syurga adalah idaman semua dan neraka balasan yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran manusia kerana azabnya yang sangat berat dan sangat ditakuti oleh manusia.

Antara balasan untuk anak derhaka satu-satunya ialah diharamkan baginya untuk masuk ke dalam syurga. Ini berlandaskan hadith yang tertulis iaitu “ ada tiga jenis orang yang diharamkan Allah untuk masuk syurga seperti pemabuk berat, penderhaka terhadap kedua orang tua dan juga manusia yang dayus iaitu merelakan diri untuk melakukan kejahatan terhadap keluarga, merelakan isteri dan anak perempuannya berkelakuan serong” (Hadith riwayat Nasa’I dan Ahamad). Berbakti kepada orang tua kita adalah salah satu benda wajib dan menjadi tuntutan dalam islam. Oleh yang demikian kerana kita dapat menghargai pengorbanan yang mereka lakukan terhadap kita yang tidak putus-putus untuk membesarkan anak-anak dengan sebaik mungkin dan menjadikan kita sebagai manusia yang berguna.

Surah Al-Isra ayat 23 yang bermaksud “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.  Jika salah seorang daripada kedua-dua mereka sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sesekali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”. Setiap manusia mempunyai idaman dalam diri iaitu mahu kehidupan lebih terjamin dengan keredhaan Allah di dalam diri masing-masing. Ini kerana sekiranya hidup kita dimurkai oleh Allah, kita tidak akan dapat hidup yang berkat dan berbahagia di dunia dan akhirat. Ini adalah salah satu balasan untuk anak derhaka iaitu berdasarkan hadith “keredhaan Allah tergantung keredhaan orang tua dan murka Allah tergantung pada murka kedua orang tua”. (Hadith riwayat al-Hakim)


KES 1: KURANGNYA DIDIKAN AGAMA DARIPADA IBUBAPA

(Fitri Nizam, 2018) - Berita Harian

Kes ini berlaku di Kuala Terengganu dan seorang lelaki menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku salah menendang ibunya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU). Dia mengaku salah terhadap pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibunya, Punisah Saibi, 50. Mengikut kertas pertuduhan, Wan Muhammad Faizal didakwa mencederakan ibunya dengan menendang belakang badan di rumah wanita itu di Kampung Paloh Haji Daud, di sini, kira-kira jam 8.15 malam pada 24 September 2018 lalu. Apabila gagal memperoleh wang dimintanya, tertuduh bertindak menendang belakang ibunya sebelum keluar dari rumah. Bagaimanapun, suspek kembali semula ke rumah tidak lama kemudian sebelum mengamuk serta membaling tong gas ke arah wanita itu, namun berjaya dielak mangsa. Ibunya yang mengalami kecederaan dan kesakitan di bahagian belakang badan kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.

 

·       FAKTOR KES

Antara faktor utama yang menjadikan anak-anak derhaka ialah kurangnya pendidikan agama. Amatlah malang sekiranya kita mempunyai anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya tetapi bersikap buruk dan menderhaka kepada ibubapanya. Anak-anak yang dididik dengan dengan mementingkan kebendaan semata-mata akan menilai kehidupan ini dengan aspek kebendaan sahaja, mengira untung rugi dan mengejar kemewahan.

Seperti yang dilihat, faktornya ialah kurangnya didikan agama daripada ibu bapa itu sendiri. Pada zaman sekarang, kebanyakkan orang akan terlalu sibuk mengejar kemewahan di dunia sehingga lupa tentang agama yang menyebabkan manusia itu sendiri yang rugi kerana lebih mementingkan dunia. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam memberikan didikan agama kepada anak agar mereka dapat belajar dan mengetahui tentang agama serta apa yang mereka belajar dapat diamalkan oleh anak-anak pada masa yang akan datang.

·       KESAN KES

Kesan daripada kes yang dapat dilihat dimana ibubapa kurang memberi didikan agama sejak kecil, anak-anak akan mula berani membuat masalah. Masalah yang mungkin anak cuba lakukan mungkin ialah jenayah domestic. Jenayah domestik ini ialah seperti jenayah yang dilakukan dalam sesebuah rumah tangga. Sebagai contoh, jenayah yang sering berlaku menyebabkan anak yang derhaka ini seperti memeras ugut, atau memukul ibu dan bapa mereka kerana berang atau tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Selain itu, jenayah seperti mencuri ataupun memeras ugut terhadap kedua ibu bapa disebabkan mereka terdesak atau mereka mengiginkan sesuatu seperti wang tunai, atau barang kemas daripada ibu bapa mereka secara paksaan. Ianya mungkin telah berlaku daripada mereka kecil tanpa ibbu bapa sedar, mereka mungkin bermula dari kecilan seperti menipu, mencuri, membuli di sekolah dan sebagainya.

·       SOLUSI KES

Antara solusinya ialah ibu bapa seharusnya memberi didikan agama yang cukup kepada anak. Walaupun terdapat ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja, mereka harus lebih peka dalam memberikan didikan agama kepada anak mereka agar anak-anak akan lebih mengetahui dan memahami tentang segala pengetahuan berkaitan agama dan akan dapat diamalkan oleh anak-anak. Didikan agama yang cukup sangat penting agar anak-anak tidak akan terpesong jauh dan melakukan benda-benda yang bercanggah dengan agama Islam seperti mencuri, menderhaka kepada ibu bapa dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menyediakan didikan agama yang cukup kepada anak agar mereka akan dapat lebih mendalami dan mengetahui tentang agama.

Sesungguhnya ibubapa adalah contoh tauladan dan guru yang akan mendidik dan turut mencorak sikap dan akhlak anak-anak mereka. Pendek kata apa saja yang dilakukan oleh ibubapa akan menjadi contoh kepada anak-anak. Sebab itulah Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Setiap anak dilahirkan dalam fitrah (islam).Ibubapanyalah yang menjadikannya yahudi,nasrani atau majusi”. (Riwayat Al-Bukhari) Dalam hadis lain daripada Anas Bin Malik, Rasulullah s.a.w pernah juga bersabda: “Muliakanlah anak-anak kamu dan tunjukkanlah pada mereka adab yang baik”. (Riwayat Ibnu Majah)

·       PENGAJARAN KES

Pengajarannya yang kita dapat daripada kes tersebut, kita dapat lihat betapa pentingkan ilmu atau didikan yang diberikan kepada anak-anak sejak kecil lagi supaya anak kita tidak terlibat dalam masalah atau derhaka kepada orang tuanya. Seperti yang kita tahu, anak-anak adalah pelapis kepimpinan akan datang dan peneraju yang akan memastikan islam itu dimartabatkan. Oleh yang demikian untuk menangani masalah ini mereka perlu diberi tarbiyah Islamiyah dan bimbingan untuk menyelesaikan masalah kehidupan khususnya dalam menghadapi serta menangani masalah mereka. Oleh itu, ibubapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Antara peranan dan tanggungjawab ibubapa ialah;

(i)              Ibubapa hendaklah mengajar anak-anak dan ahli keluarga dengan pendidikan agama yang sempurna.

(ii)           Ibubapa hendaklah menjadi model dan guru dalam membimbing keluarga.

(iii)         Ibubapa hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga dalam usaha menjadikan kehidupan yang selesa.

(iv)          Ibubapa hendaklah berusaha membentuk akhlak dan peribadi anak-anak mengikut cara hidup Islam. Firman Allah SWT dalam Surah Luqman yg bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyususnya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun, (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu serta kepada Aku jua tempat kembali”. (Luqman: 14).


·       RUMUSAN KES

Secara rumusannya, didikan agama yang cukup dapat mengelakkan salah satu daripada faktor anak derhaka. Dengan cukupnya didikan agama dari ibu bapa, ianya mampu membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak. Seperti yang kita tahu, agama merupakan perkara yang paling vital yang perlu diisi dalam diri anak. Didikan agama yang utuh dalam diri anak mampu mencegah mereka daripada terjebak dengan perkara yang negatif kerana mereka mampu membezakan antara perkara yang hak dengan batil.


KES 2 : PENGARUH DENGAN PENGGUNAAN DADAH

Pengambilan dadah pada usia yang muda akan meningkatkan risiko untuk ke tahap penagihan yang serius apabila umur kian meningkat. Mereka lebih terdedah terhadap masalah fizikal dan sosial berbanding org yang telah dewasa kerana di umur sedemikian, otak mereka sedang berkembang. Banyak kes pembunuhan telah berlaku di negara kita termasuk pembunuhan ahli keluarga sendiri. Namun, majoriti kes pembunuhan anggota keluarga sendiri adalah berpunca dari penyalahgunaan dadah. Terdapat beberapa contoh yang boleh mengaitkan hubungkait dadah dan anak derhaka.

(Malinda Abdul Malik, 2021)- Berita Harian

 Contohnya, pada 21 Oktober 2021 di Pelangi Damansara, seorang lelaki berusia 45 tahun telah memukul ibunya yang berusia 73 tahun dengan sebatang kayu atas alasan ibunya enggan memberi wang untuk membeli dadah. Penagihan dadah amatlah serius dan boleh menyebabkan kematian. Seorang penagih mampu bertindak dengan angresif tanpa disedari dan boleh menyebakan kecelakaan yang bahaya sehingga membawa maut. Perkara ini amat membimbangkan kerana kebanyakkan penagihan dadah bermula dari remaja hingga lah dewasa dan tidak terkecuali kepada kaum hawa. Ini akan jadi lebih serius jika kita tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana ia mungkin boleh membahaya kan nyawa ahli keluarga kita.

 

FAKTOR KES

Terdapat banyak faktor tentang hubungkait dadah adalah punca anak derhaka. Antara faktor penyalahgunaan dadah punca anak derhaka adalah sikap keluarga sendiri yang tidak mengendahkan anak-anak mahupun ahli keluarga sendiri. Terdapat banyak laporan ataupun kes berkaitan permasalahan keluarga membuat seseorang itu terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sebagai contoh, ibu bapa tidak mengendahkan anak-anak mereka dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar dan apa yang mereka buat?. Disebabkan perkara tersebut anak-anak mula mencuba benda baru dengan melibatkan diri dalam pengambilan dadah. Mereka mula untuk keluar melepak tanpa tujuan, mula untuk ponteng sekolah, melawan cakap guru dan ibu bapa dan sebagainya. Tidak hairan berlakunya kes pukul antara ibu bapa dengan anak jika anak mereka merupakan seorang pengaruh dadah yang tegar. Banyak kes telah dilaporkan berkaitan pembunuhan dan kecelakaan antara anak dan ibu bapa disebabkan pengaruh dadah. Hal yang demikian membuat anak tersebut tergolong dalam golongan anak derhaka kerana melawan, memukul mahupun membunuh ibu bapa sendiri.

Selain dari sikap keluarga yang tidak mengambil peduli akan ahli keluarganya, pemilihan kawan juga mampu melibatkan diri seseorang terjerumus dengan pengambilan dadah dan lama kelamaan mampu menjadikan mereka anak derhaka kerana terlampau taksub dengan dadah. Pembimbing Rakan Sebaya AADK Gombak, Rohaizan Suhaili berkata, “Rakan merupakan orang terdekat kepada remaja selepas keluarga. Mereka kerap menghabiskan masa bersama rakan-rakan berbanding dengan ahli keluarga. “Mereka akan mengikut dan melakukan perkara tidak berfaedah dengan rakan tersebut tanpa menyedari kesan buruk pengambilan dadah,” katanya.

Setiap individu harus berhati-hati dengan siapa kita bergaul terutama sekali dalam memilih kawan kerana mungkin rakan kita mempunyai niat buruk dengan mencampurkan dadah dalam minuman atau rokok. Hal yang demikian mampu membuat seseorang itu berasa selesa dengan pengambilan dadah sehingga ketahap yang kritikal. Apabila sampai ke tahap yang kritikal, otak orang yang mengambil dadah menjadi tidak betul dan tidak waras sehingga mampu mencederakan orang tanpa disedari termasuklah ibu bapa sendiri untuk kepentingan sendiri.

Kejadian berlaku di Kepala Batas, seorang penagih dadah tergamak memukul ibu, ayah dan adik perempuannya menggunakan kayu hanya kerana ditegur membuat bising dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Ara Kuda, Tasek Gelugor di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, bapa berusia 70 tahun menegur anak lelakinya berumur 37 tahun kerana membuat bising di dalam rumah sehingga mengganggu orang lain yang sedang tidur. Kejadian kes menunjukkan bahayanya penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat terutama ahli keluarga sendiri.

Seterusnya, kurang pendedahan terhadap dadah juga mampu menyebabkan seseorang tergolong dikalangan penyalahgunaan dadah. Kebanyakkan masyarakat harini hanya tahu bahawa dadah itu salah dan banyak keburukan tetapi mereka tidak mengetahui secara terperinci. Hal yang demikian harus dititikberatkan ke atas semua masyarakat agar lebih berhati-hati dan ambil perhatian sepenuhnya berkaitan bahayanya dadah. 


KESAN KES

Terdapat banyak kesan daripada penyalahgunaan dadah yang menjurus ke arah anak derhaka. Antaranya ialah seorang penagih dadah akan membebankan ibu bapa dan keluarganya sendiri kerana telah menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk perkara yang sia-sia. Tambahan pula, ahli keluarga yang mengambil berat akan anak-anak mereka yang telah terjebak dalam penyalahgunaan dadah semestinya ingin merawat anaknya agar kembali normal seperti biasa. Kos rawatan untuk merawat orang yang terlibat dengan dadah juga adalah tinggi dan mengambil masa yang agak lama untuk pulih sepenuhnya. Oleh yang demikian, kesan dari penyalahgunaan dadah telah membazirkan banyak wang atas alasan kos rawatan dan mengambil masa rawatan yang agak lama.

Selain itu, kesan dari penyalahgunaan dadah juga mampu menyakitkan orang yang tidak bersalah. Seorang yang telah terjebak dalam penyalahgunaan dadah yang agak lama ini menjadikan mereka tidak waras jika tidak dapat apa yang mereka inginkan terutamanya dadah. Banyak kes telah dilaporkan berkaitan penagih memukul ibu ayah sendiri sehingga ada yang menyebabkan kematian demi mendapatkan wang untuk membeli dadah. Emosi seorang penagih dadah tidak menentu dan mampu mencederakan orang termasuk ahli keluarga sendiri. Selain masalah mental, penyalahgunaan dadah juga banyak kesan nya dari segi fizikal seperti sakit jantung, penyakit hati, masalah pernafasan dan lain lain. Seperti yang telah dinyatakan, banyak kesan buruk dari penyalahgunaan dadah ini. Hal ini amatlah membimbangkan kerana ia mampu merosakkan diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

 

SOLUSI KES

Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan politik, ekonomi dan sosial telah memberi manfaat kepada kita, dan perkembangan ini telah mendapat momentum yang semakin meningkat di mata dunia. Namun, di sebalik kejayaan kita, kita sering dikejutkan dengan masalah penagihan dadah rakyat kita. Bilangan pengguna dadah semakin meningkat setiap tahun terutama di kalangan golongan muda. Sebaliknya kerana kenaikan itu, rakyat hanya tahu menyalahkan kerajaan. Sebenarnya kita sedia maklum bahawa pengguna dadah sukar untuk meninggalkan najis dadah ini kerana kandungan nikotin yang terdapat dalam dadah tersebut boleh menyebabkan ketagihan. Sebaliknya, adalah mustahil untuk menghalang penagih dadah ini dari tiba-tiba meninggalkan dadah. Mengikut konsep "mencegah lebih baik daripada mengubati", bilangan pengguna dadah harus dikurangkan, bukannya bilangan pengguna dadah yang memerlukan rawatan. Oleh itu, kita mesti mengambil beberapa langkah yang berkesan dan pragmatik untuk mengatasi masalah penagihan dadah.

Sabda Rasulullah SAW, “Anak-anak umpama sehelai kain putih,terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkannya sama ada Yahudi,Majusi atau Nasrani”. Oleh itu, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam membantu mencegah penagihan dadah. Langkah ini perlu dilakukan kerana anak-anak masih kecil, bak kata pepatah Melayu melentur buluh untuk keluar dari rebungnya. Datuk Seri Mohd. Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Bin Tun Abdul Razak pernah berkata: “Teruskan memperkasakan peranan keluarga sebagai sebuah institusi masyarakat yang pernah mengimpikan untuk menjadi generasi bebas dadah”. Menurutnya, institusi kekeluargaan perlu diperkasakan, dan rancangan keluarga sakinah perlu dilaksanakan dalam setiap keluarga. Puncanya ialah perpecahan keluarga menjadi punca kanak-kanak cenderung terjerumus ke dalam gejala negatif seperti penagihan dadah. Oleh itu, ibu bapa perlu mewujudkan suasana harmoni dalam institusi keluarga, menjaga hal ehwal peribadi anak-anak, dan membantu kerajaan mencegah penagihan dadah.

Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mencegah penagihan dadah. Sebagai contoh, Rukun Tetangga, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru bertanggungjawab memantau kawasan yang sering menjadi tumpuan penagihan dadah seperti pangsapuri terbiar dan kawasan Felda. Tugas masyarakat ialah membuat rondaan dan melaporkan kes penagihan dadah kepada pihak berkuasa. Hai, ini kerana perlu membersihkan tempat kosong dan tempat pengambilan dadah yang lain untuk mengelakkan kes pengambilan dadah berlaku di tempat yang sama.

Kerajaan telah menetapkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan, yang bukan sahaja secara tidak langsung dapat mengingatkan penagih tentang bahaya dadah, malah memberi amaran kepada masyarakat. Kerajaan juga perlu mengetatkan undang-undang sedia ada, seperti Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952. Dengan cara ini, masyarakat akan takut untuk terlibat dalam gejala dadah dan sekaligus mengurangkan bilangan pengguna dadah yang bertebaran di negara kita. Satu realiti yang memang tidak dapat diketersampingkan lagi bahawa pihak sekolah turut membantu mencegah penagihan dadah. Impian untuk mendapat murid yang bebas daripada gejala dadah boleh dihasilkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek rohani,jasmani dan intelek. Melalui falsafah ini,murid akan menjadi seorang yang berdisiplin dan tidak mudah terlibat dengan kancah gejala sosial kerana jati diri yang telah dipupuk dalam diri. Selain itu,penerapan unsur nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral juga turut membantu mencegah amalan penagihan dadah. Tamsilnya,pelajar tidak akan mendekati najis dadah setelah mengetahui kesannya daripada pembelajaran mata pelajaran di atas.

 

PENGAJARAN KES

Pengajaran yang dapat kita ambil dari kes ini adalah penyalahgunaan dadah memberi impak yang negatif terhadap diri sendiri dan masyarakat. Hal yang demikian kerana dadah merupakan musuh negara dan mempunyai banyak keburukan kepada diri dan masyarakat. Ia juga mampu menyebabkan pelbagai kerosakan dan kemalangan di kalangan keluarga sendiri. Dadah juga mampu merosakan otak seseorang dengan menjadikan mereka resah, tidak waras dan pelbagai masalah fizikal dan mental yang lain.

Seterusnya, semua manusia di atas muka bumi ini disarankan untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Hal ini kerana pengambilan dadah mampu merosakan sistem saraf dan juga organ di dalam badan. Sebagai contoh, kesan dadah kepada perut, usu dan sistem penghadaman adalah luka pada usus dan cirit birit. Selain itu, dadah mampu merencatkan fungsi pemikiran dan minda, menyebabkan penyakit strok dan sebagainya.

Selain itu, pengajaran yang boleh kita ambil dari kes adalah lebih berhati hati dengan pergaulan. Punca penyalahgunaan dadah juga datang melalui rakan kita sendiri jadi kita perlulah berhati-hati dan bijak dalam memilih rakan. Kita tidak akan tahu sama ada rakan kita itu akan kenakan kita atau tidak jadi, kita perlulah sentiasa berhat-hati dengan orang disekeliling kita. Hal yang demikian kerana sekali kita terjebak dalam penyalahgunaan dadah, ia mampu mendorong kita ke arah keburukan dalam jangka masa yang lama tambahan pula, proses pemulihan juga mengambil masa yang lama. Ini akan merosakkan masa depan seseorang disebabkan penyalahgunaan dadah.

RUMUSAN KES

Rumusan daripada kes ialah dadah sangat merbahaya kerana kesan dadah pelbagai, tiada kebaikan cuma keburukan sahaja. Penyalahgunaan dadah juga menyebabkan kualiti hidup seseorang itu menurun dan memusnahkan masa depan seseorang. Mereka akan membebankan hidup orang lain seperti ibu bapa malah ahli keluarga yang lain. Banyak kes-kes berkaitan pemukulan, pegaduhan dan pembunuhan antara anak dan ibu bapa di negara kita. Ini telah menyebabkan anak tersebut tergolong dalam golongan anak derhaka kerana telah menyakiti ibu bapa dan melawan cakap kedua ibu bapa.

Selain itu, dadah juga boleh membawa maut dan merosakkan organ dalaman. Seperti yang telah dinyatakan di atas, banyak kesan buruk kepada organ dalaman jika seseorang menyalahgunakan dadah. Sejurus dengan itu, kerosakkan banyak organ dalaman mampu melumpuhkan dan mampu membunuh. Justeru itu, kesan dari dadah juga mampu membunuh diri sendiri. Oleh yang demikian, kita perlulah menjauhi dadah kerana dadah mampu memusnahkan hidup kita.


KES 3 : PENGARUH DENGAN RAKAN SEBAYA

(Melvin Joni, 2020) - Harian Metro

    Individu yang bertindak derhaka akibat pengaruh rakan sebaya juga mampu bertindak agresif sehingga boleh mencederakan ibu bapa mereka sendiri. Sebagai gambaran jelas yang berlaku dalam realiti kehidupan ialah pada 9 December 2020, kes seorang lelaki ditahan polis selepas mencederakan dan mengugut mahu membunuh ibu bapanya di rumah mereka di Jalan Matang, Kuching Sarawak. Suspek itu dipercayai tiba-tiba mengamuk dan mencekik ibunya. Bukan itu sahaja suspek juga menampar muka bapanya dan mengugut untuk membunuh. Pada hari yang sama suspek bertindak menyembur racun serangga ke arah gas memasak di dapur sehingga api marak dan juga bertindak agresif memecahkan cermin mata dan menumbuk bahu kiri bapanya. Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis mendapati bahawa suspek mempunyai rekod jenayah mengambil dadah serta berstatus orang yang dikehendaki. Apabila berkaitan pengambilan dadah semestinya amat dipengaruhi oleh rakan-rakan sekeliling. Jadi, ini adalah salah satu asbab betapa pentingnya untuk memilih kawan yang betul.

 

FAKTOR KES

Antara faktor berlakunya isu anak derhaka ini adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Hal ini demikian kerana, pada zaman ini mereka lebih sering meluahkan segala perasaan, masalah dan kegembiraan kepada rakan-rakannya sendiri berbanding ibu bapa mereka. Ini memberi pengaruh yang besar terhadap remaja zaman sekarang. Mereka sering mendengar kata atau meminta pendapat dan nasihat daripada rakan berbanding ahli keluarga sendiri kerana mereka menganggap rakan-rakan lebih memahami isi hati mereka dan dapat membantu mereka menghilangkan tekanan dan semua masalah yang dihadapi. Oleh hal yang demikian, susah remaja sekarang untuk mendengar kata-kata atau nasihat daripada keluarga mereka sendiri. Maka tercetuslah isu anak derhaka. Remaja zaman sekarang susah untuk meluahkan segala perasaan terhadap keluarga kerana segilintirnya anak-anak menganggap keluarga mereka tidak pernah memahami perasaan mereka. Oleh itu mereka rasa lebih selesa meluahkan perasaan dan meminta pendapat dari rakan-rakan sendiri.

Seterusnya, minda anak-anak yang telah dipengaruhi oleh rakan sebaya ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Ini boleh berlaku jika remaja tersebut salah memilih kawan dan menyebabkan tingkah laku dan sikap seseorang remaja berubah ke arah keburukan. Misalnya remaja yang bergaul dengan rakan sebaya yang tidak mempunyai didikan yang baik serta amalan budaya yang kurang sihat pasti akan turut mempengaruhi tingkah laku mereka. Sebagai contoh, apabila seseorang individu itu sering meluangkan masa bersama rakan sebaya berbanding ibu bapa serta banyak berkongsi masalah dan meluahkan perasaan kepada rakan mereka. Jika seseorang individu mempunyai kawan yang bersikap tidak baik, mereka akan menghasut individu tersebut supaya mengabaikan nasihat keluarga dan melakukan perkara yang tidak baik.

Selain itu, rakan yang baik adalah rakan yang mengajak serta mempengaruhi rakan mereka ke arah perkara-perkara yang berfaedah. Namun begitu, remaja yang terlibat dalam masalah sosial sering berjaya mempengaruhi rakan yang lain kerana usia yang hampir sama membolehkan pengaruh kearah keburukan dengan mudah. Seseorang individu yang berkongsi masalah bersama rakannya yang sama menyebabkan mereka merasakan rakan itu adalah orang yang paling memahami dirinya dan mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik, sedangkan tidak semua berkeadaan sedemikian. Sebagai anak remaja terutamanya yang kebanyakan lebih gemar berkawan secara berkumpulan serta mudah mengikut ajaran ke arah keburukan. Remaja zaman sekarang mudah mengikut arus perubahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan mereka. Walaupun adakalanya, segelintir remaja itu sedar akan kelakuan yang buruk pada rakan-rakannya namun demi hanya untuk mendapatkan kepercayaan daripada rakan mereka sanggup berkawan. Niat hanya untuk mendapatkan kepercayaan lama kelamaan akan mempengaruhi minda mereka dan mengubah sikap mereka menjadi lebih buruk. Justeru timbul masalah meninggi suara kepada ibu bapa serta tidak menghiraukan perasaan ibu bapa akibat daripada dipengaruhi oleh rakan..

KESAN KES

            Permasalahan ini mampu memberi impak negatif terhadap individu itu sendiri dan ibu bapa mereka, malah dapat memberi tempias yang buruk kepada masyarakat agama dan negara. Kesan yang berlaku ini mampu mendorong sesetengah individu untuk melakukan perkara yang di luar kawalan. Mereka sendiri tidak menyedari perkara yang dilakukan dalam keadaan separa sedar akibat menanggung beban di bahu yang diberikan oleh persekitarannya. Ini juga boleh berlaku akibat daripada individu tersebut membuat kesilapan dalam memilih rakan sebaya yang sebetulnya. Walaupun punca isu anak derhaka ini hanya tertumpu pada pengaruh rakan sebaya tetapi kesan negatif yang boleh berlaku amat banyak.

            Antara kesan yang boleh berlaku ialah mereka akan terjebak dalam kancah masalah sosial. Pertemuan dengan rakan sebaya yang bermasalah tidak mustahil akan mempengaruhi mereka melakukan perkara di luar batasan keagamaan dan norma masyarakat seperti berkunjung ke kelab hiburan, mengambil dadah, menyertai kumpulan kongsi gelap dan sebagainya. Permulaan dengan aktiviti bebas ini boleh mengheret mereka terutamanya golongan remaja yang meningkat dewasa terhadap perkara negatif dan dari situasi itulah akan timbulnya masalah derhaka terhadap ibu bapa akibat daripada konflik yang terlalu banyak. Tambahan pula, masa senggang mereka banyak terluang bersama rakan menyebabkan mereka banyak terpengaruh dengan salah laku yang negatif. Masalah ini lebih membimbangkan apabila berlakunya pertemuan dengan rakan-rakan yang mengalami masalah yang sama mendorong mereka mencari kelainan dalam aktiviti harian.

            Individu yang bertindak derhaka akibat pengaruh rakan sebaya juga mampu bertindak agresif sehingga boleh mencederakan ibu bapa mereka sendiri. Sebagai gambaran jelas yang berlaku dalam realiti kehidupan ialah pada 9 December 2020, kes seorang lelaki ditahan polis selepas mencederakan dan mengugut mahu membunuh ibu bapanya di rumah mereka di Jalan Matang, Kuching Sarawak. Suspek itu dipercayai tiba-tiba mengamuk dan mencekik ibunya. Bukan itu sahaja suspek juga menampar muka bapanya dan mengugut untuk membunuh. Pada hari yang sama suspek bertindak menyembur racun serangga ke arah gas memasak di dapur sehingga api marak dan juga bertindak agresif memecahkan cermin mata dan menumbuk bahu kiri bapanya. Pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis mendapati bahawa suspek mempunyai rekod jenayah mengambil dadah serta berstatus orang yang dikehendaki. Apabila berkaitan pengambilan dadah semestinya amat dipengaruhi oleh rakan-rakan sekeliling. Jadi, ini adalah salah satu asbab betapa pentingnya untuk memilih kawan yang betul.

SOLUSI KES

            Setiap daripada permasalahan yang timbul pasti ada solusinya. Tanggungjawab ini bukanlah hanya terletak pada rakan sebaya itu sendiri tetapi melibatkan semua pihak. Pihak yang bertanggungjawab perlu cakna dengan isu ini dan menjalankan peranan masing-masing dalam mencegah masalah daripada terus berleluasa. Perkara paling utama sekali tentunya dari diri individu itu sendiri. Mereka  perlu bijak memilih rakan yang tidak mempunyai masalah sosial. Individu tersebut perlulah mempunyai satu kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri untuk mendekati rakan-rakan yang positif, bersikap menghormati keluarga, sopan santun dan mampu membimbing ke arah kebaikan. Setiap Individu tersebut perlu menanamkan satu prinsip dalam hidup dimana keluarga itu adalah penting untuk dihormati. Dari segi agama Islam telah menggariskan pentingnya menjaga hubungan bukan sahaja dengan Tuhan tetapi penting juga untuk menjaga hubungan sesama manusia terutamanya ibu bapa.

            Selain itu, rakan sebaya itu sendiri perlulah bersikap positif dan dapat mempengaruhi rakan yang lain ke arah kebaikan. Jadilah rakan yang mempunyai minda yang proaktif dan boleh dipercayai. Oleh itu, semua individu perlu memupuk dan mempunyai satu sifat tanggungjawab dimana peranan sebagai rakan yang baik itu ditunjukkan serta mampu mempamerkan teladan yang baik agar pengaruh yang diberi adalah bersifat positif. Sebagai contoh, apabila seseorang itu meluahkan masalah tentang keluarga mereka, seeloknya rakan yang bertanggungjawab perlu memberi nasihat atau pendapat yang dapat menyumbang kepada pengeratan antara mereka dengan keluarga. Sentiasa mengingatkan rakan di sekeliling untuk menghormati ibu bapa dan jangan sesekali bertindak derhaka sehingga meruntuhkan institusi kekeluargaan.

            Tindakan seterusnya yang boleh diambil ialah rakan sebaya hendaklah memupuk sikap prihatin. Kadang kala ada individu yang sememangnya susah untuk berkomunikasi dengan keluarga bagi menyelesaikan masalah atau sesuatu konflik kerana bagi mereka ibu bapa ini sedikit sulit untuk dibawa berbincang dan akhirnya akan berlaku pergaduhan. Oleh itu, rakan-rakan di sekeliling boleh melembutkan hati individu tersebut dengan meningkatkan keyakinan dan semangat mereka dalam menggalakkan mereka menyelesaikan masalah keluarga dengan sebaik yang mungkin. Pilihan lain adalah dengan memberi mereka ruang dan peluang untuk meluahkan perasaan terlebih dahulu kerana jika lama dipendam mungkin akan terjadinya konflik keluarga yang lebih rungsing. Rakan sebaya juga perlu cuba untuk memahami perasaan mereka dengan meletakkan diri di tempat mereka dan berfikiran rasional dalam memberi pendapat yang munasabah kepada mereka.

PENGAJARAN KES

            Antara pengajaran yang boleh diambil ialah pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan timbulnya isu menjadi anak derhaka kerana memberi impak yang negatif terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Hal ini demikian kerana, mereka akan mementingkan diri sendiri sehingga hilang rasa hormat terhadap ibu bapa kerana mereka berasa gah dengan diri sendiri dan rakan-rakan sebaya yang mempercayainya. Tambahan pula, pengaruh rakan sebaya bukan sahaja boleh membuatkan mereka derhaka terhadap ibu bapa malah mampu membuatkan negara dan agama lain memandang serong terhadap imej negara dan agama yang semakin terjejas oleh kerana permasalahan lain yang mungkin boleh berlaku. Sebagai individu yang bertanggungjawab dan bersahsiah tinggi, kita mestilah menghormati setiap individu dan memberi pengaruh yang baik demi menjaga imej negara dan agama yang suci. Jelaslah bahawa setiap agama juga amat menitikberatkan dan melarang penganut agamanya untuk bertindak derhaka terhadap ibu bapa.

            Selain itu, setiap individu juga amat digalakkan untuk bertindak bijak dalam memilih rakan yang akan anda kenali. Hal ini penting untuk diketengahkan kerana rakan yang dipilih bakal mencerminkan diri kita dan merekalah yang akan banyak mempengaruhi kehidupan kita. Pilihlah kawan yang bersikap positif dan pandai menghormati ibu bapa, orang di sekelilingnya dan lembut dalam berkata-kata. Ianya mencerminkan sifat mereka yang sopan, lemah lembut dan boleh dikatakan tidak akan bertindak derhaka terhadap ibu bapa. Rakan seperti ini selalunya berhati-hati dalam mengeluarkan butir-butir kata bagi mengelak mengguris atau menyinggung perasaan orang disekelilingnya. Tegaslah bahawa rakan yang positif semestinya akan mempengaruhi orang lain dengan perkara yang positif.

RUMUSAN KES

            Secara keseluruhannya, rumusan yang boleh dibuat ialah banyak perkara yang boleh menyumbang kepada isu derhaka ini. Walaupun sedutan ini banyak ditumpukan kepada pengaruh rakan sebaya, pelbagai kesan yang buruk boleh berlaku. Perkara ini akan lebih merumitkan jika tidak memikirkan kepentingan pengaruh rakan sebaya yang positif. Ini dikatakan demikian kerana, setiap individu perlulah mendekati rakan sebaya yang bersikap positif. Bijaklah mendekati dan menyelami hati mereka untuk mengetahui keperibadian seseorang itu sebelum bertindak untuk menjadikan mereka sebagai seorang rakan.

            Individu juga sebagai seseorang yang mempunyai agama, terutamanya bagi muslim amatlah wajar bagi mereka untuk berfikiran dan bertindak rasional dalam apa jua yang dilakukan seperti yang telah digariskan dalam agama Islam. Hormatilah ibu bapa dan jangan sesekali menderhaka kerana Islam amat melarang penganutnya untuk bersikap kasar terhadap ibu bapa. Jadilah individu yang mampu memberi dan mengambil pengaruh yang baik, serta mengabaikan perkara yang negatif.

            Menjadi anak yang baik dan rakan sebaya yang mampu memberi pengaruh yang baik kadang kala bukanlah perkara yang mudah. Tambahan pula, pada masa ini selaras dengan pengedaran zaman yang penuh dengan liku-liku kehidupan amatlah mencabar untuk menangani anak derhaka ini. Tetapi masalah ini bukanlah perkara yang mustahil untuk diselesaikan. Sebagai individu yang matang, ianya satu kemestian untuk sentiasa mengenang jasa mereka kepada kita dan jadikanlah suatu kewajiban bagi setiap individu untuk menghormati ibu bapa tanpa menilai banyak mana sekalipun sisi keburukan mereka.


KES 4 : PENGARUH DENGAN PENDIDIKAN DARIPADA KELUARGA

(Roselan Ab Malek, 2021) - Berita Harian

    Seperti yang telah dikaji, kes yang berlaku pada 5 Oktober 2021 di Kampung Kemahang, Benta. Dimana anak tetak mati ibu bapa selepas bersembang tentang hal ketuhanan. Hal ini dikatakan demikian kerana pada malam kejadian di rumah keluarga terbabit, suspek sedang berbual seperti biasa bersama orang tuanya. Selapas berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan, suspek berkata bapanya seakan mahu menyerangnya. Hal ini menyebabkan suspek mengambil parang di dalam biliknya sebelum menetak bapanya. Disebabkan oleh terdengar jeritan daripada suaminya, wanita warga emas tersebut cuba membantu tetapi dia juga turut menerima nasib yang sama seperti suaminya iaitu ditetak dan juga dikelar. Selepas itu, ibu suspek keluar daripada rumah untuk menyelamatkan dirinya tetapi dia rebah berhampiran kediaman keluarganya. Oleh itu, kelalaian ibu bapa boleh menyebabkan anak menjadi derhaka terhadap kedua orang tua mereka sepeti kes tersebut yang sanggup membunuh ibubapa sendiri.


·       FAKTOR KES

    Selepas kes ini di kaji dengan lebih mendalam, sebenarnya punca berlakunya pengabaian warga emas kerana ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka sewaktu mereka kecil. Ini kerana anak-anak mereka memerlukan didikan, perhatian dan tunjuk ajar sebelum mengambil apa-apa tindakan yang diperlukan dalam kehidupan. Kebiasaannya anak-anak itu sendiri yang merasai pengalaman diabaikan oleh ibu bapa sewaktu mereka kecil dahulu. Mereka tidak diberi ilmu agama dan pendidikan yang cukup semasa kanak-kanak. Mungkin juga sesetengah daripada mereka menyimpan dendam terhadap orang tua mereka kerena semasa kecil mereka mempunyai ibubapa yang suka mendera, bersikap bengis, selalu tinggikan suara dan banyak lagi.

    Faktor anak derhaka juga disebabkan oleh kurang komunikasi antara ahli keluarga. Komunikasi adalah perkara yang penting untuk mengelakkan daripada wujudnya salah faham antara satu sama lain dan menyebabkan hubungan keluarga menjadi renggang. Ramai daripada kalangan ibubapa tidak tahu percakapan mreka yang tidak bertapis boleh menyakiti hati anaknya. Tanpa mereka sedar, percakapan mereka boleh menyebabkan anak-anak mereka menjauhkan diri daripadanya. Lama kelamaan mereka akan memberontak kerana sudah tidak tahan dengan sikap ibu bapa mereka tanpa mengingati kesusahan yang dialami oleh ibubapanya yang bekerja keras untuk memberi makan pada anak mereka.  Jika masalah ini tidak dapat dibendung, kes anak derhaka ini akan semakin meningkat pada masa hadapan. 

·       

KESAN KES

Antara kesannya adalah tekanan yang melampau daripada kedua ibu bapa. Hal ini dikatakan demikian kerana ada sesetengah daripada keluarga yang terlalu memberi tekanan emosi terhadap anak-anak mereka boleh mengakibatkan berlakunya kemurungan, kesulitan berkomunikasi, emosi yang tidak stabil dan yang paling teruk adalah sehingga membunuh diri. Contoh kes yang berlaku apabila mempunyai keluarga yang terlalu cerewet adalah seorang gadis yang berusia 15 tahun bunuh diri dalam bilik hanya kerana mendapat tempat kedua di dalam peperiksaan. Ini kerana ayah kepada gadis tersebut berkata kepada arwah anaknya bahawa arwah bukan lagi anaknya jika tidak mendapat kedudukan nombor satu di dalam peperiksaan.

 

    Tambahan pula, disebabkan kelalaian ibubapa terhadap anak-anak mereka juga menyebabkan berlakunya derhaka kepada ibubapa yang boleh membawa kepada pembunuhan. Contohnya kes yang berlaku pada 5 Oktober 2021 di Kampunh Kemahang, Benta. Dimana anak tetak mati ibu bapa selepas bersembang tentang hal ketuhanan. Hal ini dikatakan demikian kerana pada malam kejadian di rumah keluarga terbabit, suspek sedang berbual seperti biasa bersama orang tuanya. Selapas berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan, suspek berkata bapanya seakan mahu menyerangnya. Hal ini menyebabkan suspek mengambil parang di dalam biliknya sebelum menetak bapanya. Disebabkan oleh terdengar jeritan daripada suaminya, wanita warga emas tersebut cuba membantu tetapi dia juga turut menerima nasib yang sama seperti suaminya iaitu ditetak dan juga dikelar. Selepas itu, ibu suspek keluar daripada rumah untuk menyelamatkan dirinya tetapi dia rebah berhampiran kediaman keluarganya. Oleh itu, kelalaian ibu bapa boleh menyebabkan anak menjadi derhaka terhadap kedua orang tua mereka sepeti kes tersebut yang sanggup membunuh ibubapa sendiri.

 

·       SOLUSI KES

    Semua pihak memainkan peranan yang penting untuk mencegah daripada berlakunya kes anak yang menderhakai kepada orang tua mereka sehingga mengakibatkan kesan yang negatif kepada pembangunan ekonomi negara. Untuk mengatasi masalah ini daripada berlarutan, ibubapa haruslah menerapkan bahawa seseorang manusia haruslah berbuat baik antara satu sama lain. Hal ini untuk mengelakkan anak merka daripada mempunyai sikap yang tidak baik seperti memandang remeh kepada ibu bapa dan juga orang sekeliling. Ini juga untuk membuang sikap anak-anak yang memandang hina terhadap ibu dan bapa mereka. Contohnya mengelakkan daripada anak menganggap bahawa semakin orang tua mereka berumur, semakin tidak berguna untuk mereka lagi.

Pada umur anak-anak 14 sehingga 21 tahun, ibubapa boleh jadikan mereka sebagai kawan tetapi jangan melampaui batas. Kadang kala ibubapa mestilah bertegas dengan mereka supaya mereka sentiasa menghormati mereka tetapi dalam masa yang sama jadikan mereka sebagai kawan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Sebagai contohnya, ibu bapa haruslah mengucapkan tahniah kepada anak mereka jika mereka memperolehi atau memenangi sebarang pertandingan di sekolah. Tujuannya adalah untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka supaya mereka sentiasa berusaha untuk memperolehi kejayaan pada masa akan datang. Oleh itu, ibu bapa haruslah sentiasa mengambil berat tentang perihal anak-anak. Hal ini haruslah dipandang serius oleh masyarakat untuk mengelakkan daripada berlakunya kesan yang negatif terhadap pembangunan negara ini. Semua pihak mestilah berganding bahu untuk menandangi masalah daripada ianya berlarut berpanjangan. Jelaslah di sini bahawa keluarga mainkan peranan yang penting terutamanya ibu dan bapa dalam membentuk seseorang itu menjadi seorang yang baik dan taat kepada orang tua mereka.

·       PENGAJARAN KES

    Sebagai pengajarannya ibu dan bapa haruslah menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka iaitu mendidik anak-anak menjadi seseorang soleh dan solehah. Hal ini kerana anak adalah sebenarnya adalah anugerah yang terindah daripada Allah SWT. Rasullulah SAW bersabda, “seseorang dikatakan telah cukup berbuat dosa bilamana menelantarkan orang-orang yang menjadi tanggungannya. Hadis Riwayat, Abu Daud dan Nasa’i. Mereka seharusnya bersyukur kerana dikurniakan mempunyai seorang anak. Sebagai seorang ibu dan bapa yang baik dan prihatin, mereka seharuslah tidak melepaskan tanggungjawab mereka kerana ianya akan menjejaskan masa depan anak-anak. Ibu bapa perlulah bijak berfikir untuk sesuaikan kehidupan anak sebagai menjadi seorang muslim yang sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama Islam. 

Sebagai contohnya, berdasarkan kisah Wali bin Khattab yang menderhakai ibunya disebabkan oleh terlalu mencintai isterinya. Dia sering mencaci ibu kerana terlalu mempercayai apa yang dikatakan oleh isterinya terhadap ibunya itu. Semasa Wali menghadapi sakaratul maut, dia menerima akibat setelah menderhakai ibunya iaitu selama sepuluh hari, keadaannya menggelupar sehingga keluar peluh seluruh badannya, mata merah menyala, mulutnya terbuka luas dan juga kaki tangannya menjadi kaku. Setelah Rasullah SAW mengetahui cerita sebenar, beliau pergi memujuk ibunya supaya memaafkan kesalahan dosa yang dilakukan olehnya itu. Walau pada awalnya ibunya berkeras tidak mahu untuk memaafkannya tetapi pada akhirnya ibu nya tetap memaafkan segala dosa yang dilakukan oleh anaknya daripada menjadi anak derhaka. Oleh itu, berdasarkan kisah cerita di atas sebagai kita haruslah mengambil pengajarannya supaya insaf dan bertaubat sebelum terlambat.

·       RUMUSAN KES

Rumusan daripada kes ialah sukar untuk menangani gejala derhaka terhadap kedua-dua ibubapa tanpa didikan ilmu agama daripada keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak haruslah diberi didikan sejak daripada mereka kanak-kanak lagi. Dengan ilmu agama Islam, ini akan mengelakkan daripada anak-anak menjadi derhaka terhadap orang tua mereka.

Sebagai seorang ibubapa yang beragam islam, mereka seharusnya sentiasa mengambil tahu perihal anak-anak mereka terutamanya aktivti harian anaknya di sekolah. Mereka tidak akan berasa rimas ataupun serabut semasa meluangkan masa dengan orang tuanya. Ini kerana mereka akan berasa sentiasa disayangi oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Masalah ini boleh dibendung jika semua pihak memainkan peranan masing-masing untuk mengelakkan kes anak derhaka semakin meningkat pada masa hadapan. 

 KES 5: PENGARUH MEDIA MASSA DAN MEDIA SOSIAL

(Agensi HM, 2019) - Berita Harian Metro

Seperti kes disini, kesan penggunaan media massa, remaja kini mudah terpengaruh dengan berita atau ikutan di media sosial. Sebagai contoh, terdapat kes pada 18 Oktober 2019, dimana seorang anak ingin menjual ibunya sebanyak 10,000 rupiah bersamaan dengan harga RM3 di media sosialnya. Remaja tersebut turut melontarkan kata-kata kasar terhadap ibunya dan menyamakan Wanita itu dengan haiwan. Kemudian, paling menyedihkan dia mengatakan bahawa dia kesal kerana dilahirkan dalam rahim ibunya yang dihina busuk.

 

KESAN KES

            Antara kesan yang boleh diperoleh daripada kes di atas, pengaruh media massa dapat dilihat dan memberi impak yang besar terutamanya pada golongan remaja dari segi pemikiran dan pembentukan akhlak. Mereka yang baru hendak membesar ini akan memikirkan bahawa dengan menjual ibunya di media social adalah perkara yang membolehkan, dan ianya boleh. Ini kerana mereka tidak faham dengan situasi yang dan akan menyebabkan menjadi ikut-ikutan.

    Dengan kes yang tular itu, anak-anak akan fikir bahawa perkara yang memaparkan atau menayangkan gambar-gambar dan filem-filem yang negatif dan tidak beretika seperti meninggikan suara terhadap ibu bapa adalah membolehkan bagi mereka.  Akhirnya, anak-anak akan mula memberontak apabila dilarang berbuat sesuatu yang diingininya.

SOLUSI KES

    Antara solusinya, bahawa semua pihak perlulah memainkan peranan penting dalam mencegah anak-anak daripada memberi kesan negatif kepada orang ramai akibat penderhakaan ibu bapa. Beberapa langkah boleh diambil daripada kes kanak-kanak derhaka ini agar ia boleh berulang pada masa hadapan.

    Selain itu, ibu bapa mestilah memainkan peranan penting dalam memberi perhatian kepada anak-anak mereka, mendidik mereka dengan bersungguh-sungguh, dan menyayangi anak-anak mereka sepenuhnya. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menetapkan jadual untuk menjadikan anak-anak mereka lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Ibu bapa juga perlu mengehadkan masa anak-anak mereka menonton TV atau melayari Internet, dan mendidik anak-anak mereka tentang akhlak atau agama. Selain itu, ibu bapa boleh mengehadkan laman web yang boleh dilayari oleh kanak-kanak bawah umur dengan menukar tetapan pada laman web "google" atau "internet explorer" kepada "kawalan ibu bapa".

    Seterusnya, pihak sekolah perlu memantau pelajar dengan menyekat laman web yang boleh dilayari. Guru juga harus memberikan pengajaran tentang nilai-nilai akhlak atau mata pelajaran yang berkaitan dengan pendidikan akhlak, seperti pendidikan akhlak dan pendidikan Islam. Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan kuliah motivasi berkaitan penyalahgunaan media massa dan media sosial yang keterlaluan bagi menyelesaikan masalah anak derhaka kepada ibu bapa.

    Selain itu, kerajaan juga memainkan peranan yang sangat penting. Kerajaan harus melancarkan kempen berkaitan pengaruh penyalahgunaan media massa, melalui kempen pengiklanan atau program yang boleh membangkitkan jiwa dan semangat kanak-kanak serta media sosial, seperti kempen "penggunaan Internet secara aktif", bagi membolehkan orang ramai menerima hukuman. untuk penyalahgunaan teknologi, seperti perbuatan jenayah. Komputer pada tahun 1997 dan Akta Multimedia pada tahun 1998, maka kes kanak-kanak derhaka kepada ibu bapa disebabkan teknologi semakin berkurangan.

PENGAJARAN KES

    Antara pengajarannya ialah rancangan atau berita di media socsal mampu memberi impak yang besar kepada anak-anak tentang penyalahgunaan telefon bimbit. Namun begitu, seperti berita di kaca TV ataupun di telefon bimbit mampu mempengaruhi fikiran anak-anak, maka mereka perlulah menyiarkan perkara yang baik di media massa. Ini kerana, ia mampu memberi iktibar dan maklumat kepada kita semua. Sebagai contoh, semua perkara yang disiarkan dan dilaporkan oleh media massa sudah pasti memberikan pelbagai pendapat yang wujud lalu menjadikan masyarakat kita sedar dan membuat perbandingan kehidupan mereka dengan berita yang didengar. Justeru itu, dengan semua maklumat yang disiarkan oleh media massa membolehkan masyarakat menerima sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua.

    Kesimpulannya ialah media massa dan media sosial memang mempunyai banyak pengajaran yang boleh menjadi tauladan kepada masyarakat kita. Usaha ini untuk memberi galakan supaya lebih banyak bahan media cetak yang positif perlu dihasilkan di negara ini yang harus ditingkatkan. Justeru itu, bukan sahaja masyarakat boleh menikmati faedahnya tetapi pelajar juga boleh menggunakan bahan dalam media cetak menjadi alat bantuan pendidikan mereka terutama untuk menulis karangan. Media cetak lambang kemajuan sesebuah negara dan masyarakat.

RUMUSAN KES

            Secara rumusnya pengaruh media massa dan media social dalam pembentukan akhlak mulia adalah sangat penting dalam membentuk perbuatan manusia dan apa sahaja yang lahir daripada manusia itu sendiri. Kesannya boleh membawa sifat mulia yang ada itu dalam jiwa hendaklah berterusan. Kepentingan pembinaan akhlak mulia dan hubungkaitnya dengan media massa dan media sosial juga dapat dilihat dari aspek pertimbangan sebelum membuat atau meninggalkan sesuatu tindakan. Manusia terlebih dahulu perlulah memikirkan sesuatu itu sesuai atau sebaliknya dan sesuai dengan sifat-sifat yang ada dalam jiwanya. Islam menekankan agar manusia berpegang kepada norma-norma akhlak dan mencintai  akhlak yang baik serta berusaha melaksanakannya dalam kehidupannya.



RUJUKAN

1.https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/11/493227/anak-derhaka-kena-penjara-12-bulan

2.https://malaysiagazette.com/2021/04/24/anak-ketagih-dadah-pukul-ibu-dengan-penyapu/

3.https://www.sinarharian.com.my/article/142431/BERITA/Semasa/Jiwa-muda-rapuh-terjebak-dadah

4. http://presentgroup.blogspot.com/2010/08/kesan-kepada-individu.html

5.https://www.ceriasihat.com/10-kesan-buruk-penyalahgunaan-dadah/

6.https://stpmesei.blogspot.com/2015/12/langkah-langkah-mengatasi.html

7.http://appswpkl.moe.gov.my/download/phocadownload/terkini/2014/sppk/ucd/BahanLDPCOMBATDAPS/dadah%20dan%20kesan%20terhadap%20kesihatan%20pdf2.pdf

8.https://wanista.com/2021/239406/kamu-boleh-jadi-anak-derhaka-jika-lakukan-perkara-ini/

9.https://mutiaraislam.wordpress.com/halaman-utama/fikrah/sifat-anak-durhaka-terhadap-kedua-ibu-bapa/

10.https://www.academia.edu/36085975/PENGARUH_FAKTOR_PERSEKITARAN_KE_ATAS_PERBEZAAN_PERKEMBANGAN_KANAK_KANAK

11.http://mpi10crew.blogspot.com/2013/10/anak-derhaka-dan-penyelesaiannya.html

12.http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/03/punca-pengabaian-ibu-bapa-dan-cara.html

Comments